Pemain tenis guna komputer riba untuk baca nasihat jurulatih
2011/10/19
GUADALAJARA: Pemain tenis Puerto Rico, Monica Puig menggunakan cara tersendiri bagi mendapatkan nasihat daripada jurulatihnya tanpa perlu bercakap. Puig yang menewaskan pemain Venezuela, Adriana Perez 6-0, 7-5 semalam pada perlawanan pusingan kedua acara tenis Sukan Pan American, mengeluarkan komputer ribadari begnya dan membaca nota ketika rehat di antara permainan. Pemain ranking ke-264 dunia itu berkata: "kami tulis semua pada malam sebelum bertanding dan ketika perlawanan saya membaca untuk mendapatkan maklumat. Ia membantusaya memberi tumpuan dalam strategi perlawanan." - AP
No comments:
Post a Comment