Tuesday, 18 October 2011

Sophia, Villarreal akhirnya berpisah






Sophia, Villarreal akhirnya berpisah


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JAKARTA: Rumah tangga Sophia Latjuba dan Michael A Villarreal kini dilaporkan berantakan dan mereka menunggu masa untuk berpisah.
Konflik hubungan kedua-dua mereka didedahkan melalui nota Twitter Villarreal - lelaki berasal dari Amerika Syarikat itu.

Di sebalik kejutan peminat, Villarreal mendakwa, dia menunggu Sophia pulang dari Los Angeles, AS, sebelum memulakan proses perceraian.

“Keputusan berpisah ini diambil selepas kami berbincang pada Ogos lalu.

“Sebelum ini saya cuba pelbagai cara bagi menyelamatkan rumah tangga tetapi nampaknya gagal,” katanya.

Setakat ini, kata Villarreal, wajar untuk menganggap bahawa masa depan rumah tangga mereka terletak di tangan Sophia.

Click Here

“Saya melakukan apa yang terdaya,” katanya.

Dalam catatan itu juga, Villarreal berterus terang bahawa isterinya berlaku curang.

Kata Villarreal, beberapa minggu sebelum bersemuka untuk menentukan masa depan rumah tangganya, dia mendapat tahu Sophia mula menjalin hubungan sulit dengan kekasih baru.

“Keputusan Sophia untuk terus menjalin hubungan dengan lelaki itu saya terima dan saya tidak lagi akan mencampuri urusan hidup atau mengganggu kebahagiaannya,” katanya.

Sophia dan Villarreal berkahwin pada 30 April 2005 di sebuah gereja di Jakarta dan mempunyai seorang anak, Manuela. - Kompas

No comments:

Post a Comment